Thursday, May 16, 2013

FESTIVAL NASYID INTERKOLEJ 2013 (FESNIK VII)

0 comments



~ Syumul Ukhuwah – Kolej Kedua merangkul gelaran Juara FESNIK VII ~

11 Mei 2013 (Sabtu) – Kolej Kedua yang menggelarkan kumpulan mereka Syumul Ukhuwah telah berjaya merangkul gelaran Johan bagi Festival Nasyid Interkolej 2013 (FESNIK VII) yang telah diadakan buat kali kedua di Pusat Kesenian Dan Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.  Mereka juga turut memenangi Anugerah Lirik Terbaik pada pertandingan ini dan sekaligus membawa pulang Piala Pusingan FESNIK.  Kumpulan ini telah berjaya memikat hati juri dengan mempertaruhkan lagu yang berjudul “Pejuang Firdausi” pada pertandingan kali ini.

Kemeriahan pada malam FESNIK VII ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Encik Noor Mohamad Shakil Hameed, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM yang sudi meluangkan masa bersama-sama menyaksikan semua kumpulan nasyid dari setiap kolej kediaman UPM berentap bagi merebut anugerah yang dipertandingakan. Naib Johan telah berjaya disandang oleh kumpulan 17’ Voices dari Kolej Tujuh Belas sementara Tempat Ketiga pula dimenangi oleh kumpulan Al-Ikhwan dari Kolej Sepuluh.

          Kemenangan yang diraih adalah hasil daripada titik peluh dan penat lelah serta komitmen yang tinggi oleh setiap peserta.  Kesungguhan mereka terserlah apabila kesemua kolej yang bertanding berjaya membuat persembahan yang terbaik walaupun hakikat adat dalam pertandingan pastinya akan ada yang menang atau sebaliknya.  Perkara ini diakui sendiri oleh Ketua Juri iaitu Puan Azira Binti Abdullah, yang pernah menjadi juri Pertandingan Nasyid di pelbagai peringkat termasuk peringkat Kementerian Pelajaran.  Selain itu, antara juri yang dijemput adalah Encik Zakaria Salleh  dan Encik Mizan Ismail.

          Pihak penganjur tidak melepaskan peluang untuk memberikan setiap pengunjung yang hadir berpuas hati dengan hiburan yang disediakan kepada mereka.  Khusus buat peminat muzik nasyid, kumpulan Nasyid Nahwan Nur (Alumni) telah dijemput bagi membuat persembahan pada malam itu dan berjaya menarik perhatian penonton yang datang.




KEPUTUSAN PENUH FESTIVAL NASYID INTERKOLEJ 2013 (FESNIK VII)

JOHAN
Kolej Kedua

NAIB JOHAN
Kolej Tujuh Belas

KETIGA
Kolej Sepuluh

PERSEMBAHAN TERBAIK
Kolej Enam Belas

VOKAL TERBAIK
Kolej Sultan Alaiden Suleiman Shah

LAGU TERBAIK
Kolej Mohamad Rashid
LIRIK TERBAIK
Kolej Kedua

BUSANA TERBAIK
Kolej Pendeta Za’ba

ANUGREAH KHAS JURI
Kolej Keenam