Thursday, May 16, 2013

FESTIVAL NASYID INTERKOLEJ 2013 (FESNIK VII)

0 comments



~ Syumul Ukhuwah – Kolej Kedua merangkul gelaran Juara FESNIK VII ~

11 Mei 2013 (Sabtu) – Kolej Kedua yang menggelarkan kumpulan mereka Syumul Ukhuwah telah berjaya merangkul gelaran Johan bagi Festival Nasyid Interkolej 2013 (FESNIK VII) yang telah diadakan buat kali kedua di Pusat Kesenian Dan Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.  Mereka juga turut memenangi Anugerah Lirik Terbaik pada pertandingan ini dan sekaligus membawa pulang Piala Pusingan FESNIK.  Kumpulan ini telah berjaya memikat hati juri dengan mempertaruhkan lagu yang berjudul “Pejuang Firdausi” pada pertandingan kali ini.

Kemeriahan pada malam FESNIK VII ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Encik Noor Mohamad Shakil Hameed, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM yang sudi meluangkan masa bersama-sama menyaksikan semua kumpulan nasyid dari setiap kolej kediaman UPM berentap bagi merebut anugerah yang dipertandingakan. Naib Johan telah berjaya disandang oleh kumpulan 17’ Voices dari Kolej Tujuh Belas sementara Tempat Ketiga pula dimenangi oleh kumpulan Al-Ikhwan dari Kolej Sepuluh.

          Kemenangan yang diraih adalah hasil daripada titik peluh dan penat lelah serta komitmen yang tinggi oleh setiap peserta.  Kesungguhan mereka terserlah apabila kesemua kolej yang bertanding berjaya membuat persembahan yang terbaik walaupun hakikat adat dalam pertandingan pastinya akan ada yang menang atau sebaliknya.  Perkara ini diakui sendiri oleh Ketua Juri iaitu Puan Azira Binti Abdullah, yang pernah menjadi juri Pertandingan Nasyid di pelbagai peringkat termasuk peringkat Kementerian Pelajaran.  Selain itu, antara juri yang dijemput adalah Encik Zakaria Salleh  dan Encik Mizan Ismail.

          Pihak penganjur tidak melepaskan peluang untuk memberikan setiap pengunjung yang hadir berpuas hati dengan hiburan yang disediakan kepada mereka.  Khusus buat peminat muzik nasyid, kumpulan Nasyid Nahwan Nur (Alumni) telah dijemput bagi membuat persembahan pada malam itu dan berjaya menarik perhatian penonton yang datang.




KEPUTUSAN PENUH FESTIVAL NASYID INTERKOLEJ 2013 (FESNIK VII)

JOHAN
Kolej Kedua

NAIB JOHAN
Kolej Tujuh Belas

KETIGA
Kolej Sepuluh

PERSEMBAHAN TERBAIK
Kolej Enam Belas

VOKAL TERBAIK
Kolej Sultan Alaiden Suleiman Shah

LAGU TERBAIK
Kolej Mohamad Rashid
LIRIK TERBAIK
Kolej Kedua

BUSANA TERBAIK
Kolej Pendeta Za’ba

ANUGREAH KHAS JURI
Kolej Keenam

Thursday, August 23, 2012

TERHEBAT!!!!!!

0 comments
salam,

Kepada yg asyik bertya sya apa tu SAP, mai sy story skit..

- SAP tu (Sistem Automasi Pemasaran)....
- Semuanya Fully Automatic....
- Sistem Tolong Carikan Orang...
- Sistem Susunkan Orang...
- Sistem Tolong Postkan Kat Facebook...
- Tiap-tiap Hari Sistem Buat Kerja Untuk Kita...

* Tp ada rahsia cmna na success...

so, Kerja Kita Cuma Tekan "Pohon Pengeluaran"...
Then Cucuk Card ATM Kat Mesin2 ATM Berdekatan....
Nak Tahu Lebih Detail And Mendalam...klik link dibawah:http://rm50.ibct.my/921

Thursday, August 2, 2012

SAP VENTURE V

0 comments
ALHAMDULILLAH PERMULAAN YANG BAIK, WALAUPUN HANYA SEDIKIT, TAPI BOLEH MENAMPAKKAN HASIL YANG AGAK POSITIF... JOM SEMUA KLIK PADA http://rm50.ibct.my/921...... 

Saturday, February 4, 2012

Maulidur Rasul

0 comments
Assalamualaikum semua pembaca blog. Harap semua sihat2 blake... :) lama dah din x tulis blog ni.. hari ni din tulis blog ni sempena Maulidur Rasul iaitu Hari Keputeraan Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W.... tanggal 12 Rabiulawal telah lahir seorang insan yang mulia hasil perkahwinan Abdullah dan Aminah. marilah kita sama2 berselawat ke atas nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W..... Marilah kita sama2 merenungkan kembali kata2 terakhir Rasulullah dalam Khutbah terakhir baginda....



Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
harap semua dpat merenung kembali apa yang telah Rasulullah sampaikan ini....

Friday, January 13, 2012

Selamat Bercuti

0 comments
Assalamualaikum semua.. apa kabar? harap sihat blake.. he3... ok lh ni hari terakhir din akn update blog din di bumi UPM ni... din akn balik ahad ni 15hb jan 2012... jam 7.25 pg.. awlnyer flight kn... mlm esok din dh gerak ke LCCT.... bermalam di sana... huhuhu.... esok merupakan last paper bagi din.. antara paper killer gak.. ermm.. harap2 blh jwb lh... huhu.. ape2 pun din mengucapkan selamat bercuti kepada semua... tyme cuti buatlah bnda2 yg berfaedah yea.... he3.....

Tuesday, January 10, 2012

Sahabat

0 comments

Assalamualaikum sidang pembaca blog sekalian.... din harap2 semuanya sihat2 sejahtera hari ni.... lagu yg din post ni merupakan antara lagu yg paling buat diri din.. ini berkaitan dgn erti sahabat. kita di dunia ini mmg byk kwn, tp, cari lh kwn yg btul2 menghargai kita, yg ada ketika kita senang mahupun susah. jgn bandingkan kwn ini dgn nilai wang, kerana nilai seorang kawan ini lebih berharga dari wang. Wang mudah utk di cari, namun kawan sukar dicari.... Din sengaja post sal kwn ni, coz bagi din ini amat penting dlm hidup din... Din x nafikan mmg byk kwn, tp satu pun blm ade yg btul2 menjadi sahabat.... oleh itu din tinggalkan page ni dengan sebuah nukilan din yg x seberapa ini.....

 Sahabat,
Usah di nilaikan erti sebuahpersahabatan,
kerana ia akan mengusutkan lagi mindamu,
biarlah apa orang kata asal dirimu bahagia,

Sahabat,
harta benda bukan ukuran segalanya,
kerana ia penghalang segala,
mengertilah wahai sahabat,
hidupmu bermakna jika sahabat yg setia,

Sahabat,
kemaafan darimu ku pinta,
andai kesilapan menguris hatimu,
ingatlah sahabat,
aku sentiasa berdoa agar kau bahagia sentiasa,
walau aku di cerca dihina,
tapi bukannya dirimu...
kerana ku tahu dikau lah sahabat paling mulia.....